SYUKUR PENYUBUR IMAN

Maksud Syukur :-

Bahasa : Pujian
Istilah : Menzahirkan pujian kepada Allah terhadap nikmat yang dikurniakan serta mematuhi semua perintahnya.


Dalil Naqli tentang Syukur :-

Firman Allah di dalam surah al-baqarah ayat 152 :

Terjemahan : ''Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan, dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur''

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :

Terjemahan : "Seseorang yang makan dan dia bersyukur atas nikmat itu, maka dia diberi pahala seperti orang berpuasa yang sabar"


Contoh Sifat Syukur pada Rasulullah :-
Contoh 1:
Baginda solat malam hingga kedua kaki baginda bengkak. Lalu isteri baginda Saidatina Aisyah bertanya: "Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah sedangkan Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang?
Baginda pun menjawab: ''Afala akuna abdan syakura'' Yang bermaksud: ''tidak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur?

Contoh 2:
Rasulullah sentiasa menyeru umatnya supaya sentiasa bersyukur samaada sesama makhluk atau kepada pencipta. Usamah bin Zaid meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:  ''Sesiapa yang diberikan sesuatu kebaikan, maka katakan kepada orang yang berbuat baik itu,
''Jazakallahu khaira'' Yang bermaksud "Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan". Sesungguhnya hal tersebut membuktikan kesungguhan dalam berterima kasih.


Cara dan contoh untuk bersyukur :-
Terdapat 3 cara seseorang hamba untuk bersyukur.

1. Bersyukur melalui hati :
  • Yakin bahawa nikmat yang diterima adalah daripada Allah
  • Ingat dan memuji Allah
  • Bersangka baik dengan Allah
  • Meningkatkan ketakwaan kepada Allah
2. Bersyukur melalui lisan :
  • Sebut dan memuji Allah dengan berzikir
  • Berdoa agar Allah mengurniakan sifat syukur
  • Mengucapkan terima kasih kepada manusia
  • Bercakap perkara-perkara yang baik
3. Bersyukur melalui perbuatan :
  • Menunaikan amalan-amalan fardhu dengan tekun dan istiqamah 
  • Memperbanyak amalan sedekah
  • Melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya
  • Melakukan sujud syukur apabila mendapat nikmat atau terlepas daripada musibah

Ciri-ciri orang yang bersyukur :-
  1. Rajin dan tekun beribadat
  2. Bersangka baik dengan kejayaan orang lain
  3. Sentiasa berasa qanaah dengan kurniaan Allah
  4. Menjadi seorang yang pemaaf
  5. Sentiasa bertawakal kepada Allah

Hikmah bersyukur :-
  1. Hidup dalam keredhaan dan rahmat Allah kerana sentiasa beramal soleh
  2. Dikurniakan ganjaran pahala kerana kesungguhan menjalankan perintah Allah
  3. Dimurahkan rezeki dan bertambah nikmat kerana sentiasa redha dengan qada' dan qadar
  4. Selamat daripada azab Allah kerana bertambahnya keimanan dalam diri








Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

...HEMBUSAN KASTURI...