SOALAN LATIH TUBI SIRAH TAHUN 3


Salin semua soalan beserta jawapan yang betol.
  1. Di manakah terletaknya Gua Hira'?
  2. Mengapakah Nabi Muhammad sering berulang-alik ke Gua Hira'?
  3. Bilakah tarikh di mana Nabi Muhammad menerima wahyu yang pertama?
  4. Berapakah umur Nabi Muhammad ketika baginda menerima wahyu yang pertama?
  5. Abu Lahab merupakan ________ dakwah Nabi Muhammad saw.
  6. Siapakah malaikat yang menyampaikan wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad?
  7. Apakah surah yang diajar oleh malaikat dalam wahyu yang pertama?
  8. Apakah yang dilakukan oleh Khadijah selepas Nabi Muhammad menceritakan peristiwa yang berlaku kepada baginda?
  9. Siapakah nama sepupu Khadijah, yang diceritakan peristiwa yang berlaku pada Nabi Muhammad?
  10. Di manakah dijalankan dakwah secara sulit?
  11. Berapa lamakah dakwah secara sulit dijalankan?
  12. Dimana tempat Nabi Muhammad saw berdakwah secara terbuka?
  13. Apakah langkah pertama yang dilakukan oleh Rasulullah dalam menyampaikan dakwah secara terang?
  14. Antara berikut manakah kesan dari dakwah secara terang?
  15. Berapa kalikah HIJRAH ke Habsyah dilakukan?
  16. Penduduk Mekah yang berhijrah ke Madinah dikenali sebagai _________.
  17. Mengapakah Nabi Muhammad menyuruh orang Islam berhijrah ke Habsyah?
  18. Siapakah nama ketua kumpulan yang berhijrah ke Habsyah kali ke-2?
  19. Siapakah nama Raja di Habsyah?
  20. Siapakah tokoh yang bersahabat baik dengan Rasulullah, yang sentiasa membenarkan apa yang dikatakan oleh Rasulullah?
  21. Apakah gelaran yang diberi kepada Umar bin Al-Khattab?
  22. Apakah maksud Al-Asad ? Gelaran kepada Hamzah bin Abdul Mutalib
  23. Mengapakah Hamzah diberi gelaran Al-Asad?
  24. Ketika peristiwa Isra' dan Mikraj, Nabi Muhammad saw bertemu dengan siapa di langit pertama?
  25. Di langit kedua semasa peristiwa mikraj, Nabi Muhammad saw bertemu dengan Nabi Yahya dan Nabi ________.
  26. Bulan terbelah dua adalah mukjizat _________ Nabi Muhammad saw.
  27. Sebelum diisra'kan, dada Nabi Muhammad saw dibelah oleh ___________ dan ___________.
  28. Kaum Ansar ialah penduduk _________ Madinah.
  29. Siapakah kanak-kanak pertama memeluk Islam?
  30. Siapakah yang memeluk Islam melalui Saidina Abu Bakar?
  31. Hikmah perjanjian Aqabah ialah _________.
  32. Sekumpulan orang sedang memecahkan kepala mereka sendiri, ini ialah balasan untuk orang yang ________.


Comments

  1. banyak tapi insyaallah boleh siapkan dengan cepat...#belajarsungguhii#demimasedepan#demiibukite#demimenjagamaruahseorangpelajar#insyaallahsayepelajaryangbaik#pelajaryangberdisplin...okey itu saje respon saye untuk kali ini...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hmm..