SOALAN LATIH TUBI SIRAH TINGKATAN 3

Tulis semula soalan dan nyatakan jawapan yang tepat.
  1. Siapakah sahabat Nabi Muhammad SAW yang terkenal dengan azannya yang merdu ?
  2. Kuniah ( gelaran ) Bilal bin Rabah ?
  3. Bilal bin Rabah berasal dari ?
  4. Bilal bin Rabah dibeli dan dibebaskan oleh Saidina ?
  5. Dimanakah dan pada zaman siapakah Saidina Bilal bin Rabah wafat ?
  6. Keimanan Bilal bin Rabah diuji dengan... ?
  7. Siapakah merupakan antara sahabat yang paling alim dalam ilmu halal dan haram serta Al-Quran ?
  8. Di dalam urusan hukum hakam agama, Saidina Abu Bakar pernah melantik Muaz bin Jabal sebagai ?
  9. Abdul Rahman bin Auf berketurunan ?
  10. Abdul Rahman bin Auf merupakan hartawan yang bersifat ?
  11. Nyatakan empat sifat mulia Saidina Khalid bin Al-Walid beserta dengan contoh ? 
  12. Berikan dua pengajaran dari kisah Khalid bin Al-Walid ?

  1. Apakah perjanjian damai yang ditandatangani di antara Rasulullah SAW dengan musyrikin Quraisy yang membawa kepada gencatan senjata ?
  2. Gencatan senjata berlaku selama berapa tahun ?
  3. Apakah ibadah yang membolehkan kita menziarahi Baitullah pada bila-bila masa ?
  4. Apakah perjanjian menuntut bela kematian Saidina Utsman yang dikhabarkan telah dibunuh di kota Mekah ?
  5. Bilakah perjanjian Hudaibiah dibuat ?
  6. Mengapakah berlakunya perjanjian Hudaibiah ?
  7. Rasulullah SAW bermimpi menziarahi ___________ bersama para sahabat.
  8. Di Hudaibiah Rasulullah dikunjungi oleh __________________ dan Rasulullah memaklumkan tujuan kedatangan mereka hanyalah untuk menunaikan umrah dan bukan untuk berperang.
  9. Pihak Quraisy memilih Urwah bin Masu'd sebagai wakil untuk _____________ dengan Rasulullah SAW dan menasihatkan kaum Quraisy menerima perdamaian setelah pulang ke Mekah.
  10. Rasulullah mungumpul sahabat untuk membuat perjanjian/baiah bagi menuntut bela kematian Saidina Ustman dan berikrar akan berperang. Ikrar ini dinamakan _________________________ kerana ikrar ini dibuat di bawah sepohon pokok.
  11. Kedua-dua belah pihak memeteri perjanjian ______________ antara Rasulullah SAW dengan Suhail bin Amru bagi pihak Quraisy.
  12. Nyatakan dua persiapan Rasulullah dan para sahabat menunaikan ibadah umrah ?
  13. Jelaskan dua hikmah perjanjian Hudaibiah ?
  14. Nyatakan dua tindakan susulan Rasulullah selepas perjanjian Hudaibiah ?

  1. Selepas pembukaan Kota Mekah, Rasulullah memusnahkan _____________ di sekeliling Kaabah.
  2. Rasulullah menunaikan solat sunat di _____________ Nabi Ibrahim A.S.
  3. Laungan _____________ oleh Bilal bin Rabah.
  4. Memberi ____________ pertama kepada penduduk Mekah.
  5. Bilakah berlakunya pembukaan Kota Mekah ?
  6. Kesan pembukaan kota Mekah ramai kafir Quraisy _____________.
  7. Rasulullah berjaya menawan kota Mekah tanpa __________________.
  8. Jelaskan dua faktor kejayaan Rasulullah SAW membebaskan kota Mekah ?
  9. Pada pendapat anda, mengapakah kita memerlukan strategi dalam sesuatu bidang yang kita ceburi ? 




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

SYUKUR PENYUBUR IMAN

...HEMBUSAN KASTURI...