QANA'AH HIASAN PERIBADI
MAKSUD QANA'AH
Dari Segi Bahasa : Redha
Dari Segi Istilah : Berasa cukup dan Redha dengan nikmat kurniaan Allah S.W.T.
DALIL NAQLI
1. Abdullah Bin Amru merriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang memeluk Islam, dan dikurniakan rezeki yang mencukupi dan Allah S.W.T menjadikannya redha dengan nikmat pemberiannya.
2. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya : Kekayaan itu bukanlah dengan banyaknya harta, tetapi kekayaan itu adalah dengan kaya jiwa (hati yang selalu berasa cukup).
CONTOH SIKAP QANA'AH RASULULLAH
Kisah 1 :
Pada suatu hari Baginda sedang berehat di rumahnya sambil berbaring di atas tikar yang diperbuat daripada daun-daun tamar. Tiba-tiba, seorang sahabatnya yang bernama Ibn Mas`ud datang menziarahi Baginda. Oleh kerana pada masa itu Rasulullah tidak memakai baju, maka Ibn Mas`ud melihat bekas anyaman tikar itu melekat di tubuh Baginda. Melihat keadaan yang demikian, Ibn Mas`ud bersedih dan menitiskan air mata. Beliau berkata di dalam hatinya: Tidak patut seorang kekasih Allah, seorang pemimpin negara dan seorang panglima tentera hidup dengan cara demikian.
Ibn Mas`ud pun berkata: "Ya Rasulullah, bolehkah saya membawakan tilam ke sini untuk Tuan?''
Rasulullah menjawab, "Wahai Ibn Mas`ud, apalah erti kesenangan hidup di dunia ini bagiku. "Hidup di dunia ini bagiku bagaikan seorang musafir dalam perjalanan jauh, lalu dia singgah sebentar berteduh di bawah pohon kayu yang rendang untuk berehat. Kemudian dia harus berangkat meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanan yang sangat jauh dan tidak berpenghujung.''
Kisah 2 :
Dalam suatu peristiwa lain pula, ialah ketika Rasulullah menikahkan puterinya, Fatimah dengan Ali bin Abi Talib. Pada masa itu Baginda menjemput Abu Bakar, Umar dan Usamah untuk membawakan 'persiapan' Fatimah. Mereka tertanya-tanya apakah yang disiapkan oleh Rasulullah untuk puteri tercinta dan menantunya yang tersayang itu? Ternyata, Rasulullah hanya menyiapkan gandum yang telah digiling, kulit binatang yang disamak, cerek dan sebiji pinggan. Apabila mengetahui hal itu, Abu Bakar menangis.
"Ya Rasulullah, hanya inikah persiapan untuk Fatimah?'' tanya Abu Bakar tersedu-sedan."Ini sudah cukup bagi orang yang berada di dunia,'' jawab Rasulullah menenangkannya. Kemudian Fatimah keluar dari rumah dengan memakai pakaian pengantin yang cukup bagus, tetapi mempunyai 12 tampalan! Tiada perhiasan yang berharga mahal.
Setelah bernikah, Fatimah sentiasa menggiling gandum, membaca al-Quran, mentafsirkan kitab suci dengan hatinya, dan menangis. Itulah sebahagian daripada kemuliaan diri Fatimah. Majlis pernikahan puteri Rasulullah itu memang sederhana kerana kesederhanaan adalah sebahagian kehidupan Rasulullah sendiri. Sebenarnya, Baginda mampu membuat majlis besar-besaran untuk pernikahan puterinya itu dengan meminta bantuan para sahabat yang kaya. Namun, sebagai manusia agung, `kemegahan' tidaklah bermakna kebendaan. Rasulullah ingin menunjukkan kesederhanaan dan sifat qanaah (puas hati), yang merupakan kekayaan yang hakiki.
Baginda pernah bersabda: "Kekayaan yang hakiki adalah kekayaan iman dan dicerminkan dalam sifat qanaah.'' Bersifat qanaah bererti menerima ketentuan Allah dengan sabar, dan menarik diri daripada kecintaan kepada dunia. Iman, kesederhanaan dan qanaah adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. Seorang mukmin akan bersikap sederhana dalam hidupnya, dan kesedehanaan itu ditunjukkan daripada sifat qanaahnya.
QANA'AH RASULULLAH S.A.W
CIRI-CIRI SIFAT QANA'AH
SALAH FAHAM TENTANG SIFAT QANA'AH

- Baginda mampu untuk hidup mewah tapi baginda tidak mahu
- Baginda sentiasa mendidik keluarga baginda untuk bersifat qana'ah
- Baginda sentiasa mengutamakan kepentingan orang lain berbanding diri Baginda dan keluarga Baginda
CIRI-CIRI SIFAT QANA'AH
- Beriman dengan sesungguhnya bahawa Allah S.A.W bersifat Ar-Razak
- Sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah S.W.T
- Sentiasa sabar dan redha menerima ketentuan Allah S.W.T
- Hidup secara besederhana dan tidak boros
- Sentiasa berusaha untuk meningkatkan kesejahteraan hidup
- Selalu bertawakkal kepada Allah S.W.T
- Tidak iri hati terhadap nikmat yang dimiliki oleh orang lain
SALAH FAHAM TENTANG SIFAT QANA'AH
- Tidak berderma atau bersedekah dengan alasan belum menjadi kaya
- Tidak berusaha memberikan sumbangan kepada negara sebaliknya memikirkan tentang sumbangan negara terhadap kita
- Malas berusaha untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dengan alasan sudah suratan takdir
CARA BERQANA'AH
- Mensyukuri apa yang sudah ada
- Melihat yang ada dibawah
- Selalu ingat Allah
MANFAAT QANA'AH
- Hati akan dipenuhi keimanan kepada Allah
- Memperoleh kehidupan yang baik
- Mampu merealisasikan syukur kepada Allah
- Memperoleh keberuntungan
- Terjaga dari dosa
- Kekayaan sejati
HIKMAH BERSIKAP QANA'AH
- Kehidupan menjadi tenang dan tenteram
- Kemuliaan diri terpelihara
- Memupuk sifat sabar dan syukur
- Kasih sayang sesama anggota masyarakat menjadi erat
Comments
Post a Comment