Posts
Showing posts from June, 2020
SOALAN LATIH TUBI AKHLAK TAHUN 5
- Get link
- X
- Other Apps
Pilih jawapan yang betul. 1. Apakah perkara yang dilarang ketika berjual beli? 2. "dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba'..."ayat di atas berkaitan dengan? 3. Apakah adab berjual beli? 4. Apakah akibat tidak beradab ketika berjual beli? 5. Berikut adalah larangan ketika berjual beli, kecuali? 6. Apakah hukum pekerjaan menjual arak? 7. Cara meningkatkan prestasi kerja ialah dengan? 8. Islam melarang umatnya menjual barang? 9. Pengertian bermain ialah.............. 10. Raihanah hendak pergi bermain di padang. Apakah yang perlu dilakukan oleh Raihanah berdasarkan adab sebelum bermain? 11. Apakah adab sebelum bermain? 12. "Alat permainan sesuai dan selamat digunakan" pernyataan berikut adalah adab........................ bermain. 13. Apakah adab semasa bermain? 14. Pemimpin ialah ketua atau orang yang bertanggungjawab memimpin .................... seperti sesebuah negara, negeri, daerah, kampung, kumpulan,...
AMANAH TONGGAK KESEJAHTERAAN
- Get link
- X
- Other Apps
KISAH KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ Umar bin Abdul Aziz ialah seorang khalifah yang agung dan terkenal dengan sifat amanah. Beliau mempunyai dua batang lilin di pejabatnya. Satu batang lilin dibeli menggunakan duitnya sendiri dan digunakan untuk kegunaan peibadi seperti menguruskan diri dan keluarga. Satu batang lilin lagi dibeli dengan menggunakan duit kerajaan dan digunakan hanya untuk urusan rasmi pentadbiran kerajaan. Pada suatu hari, beliau didatangi anaknya. Anaknya memberitahu bahawa dia datang untuk urusan peribadi. Lantas Umar bin Abdul Aziz segera memadamkan api lilin yang dibeli dengan duit kerajaan lalu menyalakan api lilin yang dibeli dengan duitnya sendiri.
SOALAN LATIH TUBI SIRAH TAHUN 3
- Get link
- X
- Other Apps
Salin semua soalan beserta jawapan yang betol. Di manakah terletaknya Gua Hira'? Mengapakah Nabi Muhammad sering berulang-alik ke Gua Hira'? Bilakah tarikh di mana Nabi Muhammad menerima wahyu yang pertama? Berapakah umur Nabi Muhammad ketika baginda menerima wahyu yang pertama? Abu Lahab merupakan ________ dakwah Nabi Muhammad saw. Siapakah malaikat yang menyampaikan wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad? Apakah surah yang diajar oleh malaikat dalam wahyu yang pertama? Apakah yang dilakukan oleh Khadijah selepas Nabi Muhammad menceritakan peristiwa yang berlaku kepada baginda? Siapakah nama sepupu Khadijah, yang diceritakan peristiwa yang berlaku pada Nabi Muhammad? Di manakah dijalankan dakwah secara sulit? Berapa lamakah dakwah secara sulit dijalankan? Dimana tempat Nabi Muhammad saw berdakwah secara terbuka? Apakah langkah pertama yang dilakukan oleh Rasulullah dalam menyampaikan dakwah secara terang? Antara berikut manakah kesan dari dakwah secara terang...