Posts

Showing posts from May, 2020

ADAB BERKOMUNIKASI

Maksud Komunikasi Bahasa: Perhubungan Istilah: Perhubungan antara dua individu atau lebih secara langsung atau melalui perantaraan seperti radio dan telefon. Prinsip Komunikasi Islam Kata-kata yang baik   Kata-kata yang mulia Kata-kata yang menggunakan bahasa yang mudah difahami Kata-kata yang menggunakan bahasa yang lemah lembut Kata-kata yang tepat mengenai sasaran dan memberi kesan kepada  jiwa Kata-kata yang benar, jujur, tidak bohong dan tidak berbelit-belit Contoh Adab Berkomunikasi Adab-Adab Berkomunikasi Sebagai Orang Mukmin: 1. Merendahkan Suara dan Berlemah Lembut dalam Berbicara “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yang lembut. Sungguh, Dia tidak menyukai orang yang melampaui batas.” (Al-A’raf: 55) 2. Berbicara dengan Baik dan Sopan “Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil, “Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat kebaikanlah kepada kedua orang tua, kerabat, anak-anak yatim, dan...

SYUKUR PENYUBUR IMAN

Image
Maksud Syukur :- Bahasa : Pujian Istilah : Menzahirkan pujian kepada Allah terhadap nikmat yang dikurniakan serta mematuhi semua perintahnya. Dalil Naqli tentang Syukur :- Firman Allah di dalam surah al-baqarah ayat 152 : Terjemahan : ''Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan, dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur'' Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda : Terjemahan : "Seseorang yang makan dan dia bersyukur atas nikmat itu, maka dia diberi pahala seperti orang berpuasa yang sabar" Contoh Sifat Syukur pada Rasulullah :- Contoh 1: Baginda solat malam hingga kedua kaki baginda bengkak. Lalu isteri baginda Saidatina Aisyah bertanya: "Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah sedangkan Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang? Baginda pun menjawab: ''Afala akuna abdan syakura'' Yang bermaksud: ''tidak boleh...

QANA'AH HIASAN PERIBADI

MAKSUD QANA'AH Dari Segi Bahasa : Redha Dari Segi Istilah : Berasa cukup dan Redha dengan nikmat kurniaan Allah S.W.T. DALIL NAQLI 1. Abdullah Bin Amru merriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang memeluk Islam, dan dikurniakan rezeki yang mencukupi dan Allah S.W.T menjadikannya redha dengan nikmat pemberiannya. 2. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Maksudnya : Kekayaan itu bukanlah dengan banyaknya harta, tetapi kekayaan itu adalah dengan kaya jiwa (hati yang selalu berasa cukup). CONTOH SIKAP QANA'AH RASULULLAH Kisah 1 :  Pada suatu hari Baginda sedang berehat di rumahnya sambil berbaring di atas tikar yang diperbuat daripada daun-daun tamar. Tiba-tiba, seorang sahabatnya yang bernama Ibn Mas`ud datang menziarahi Baginda. Oleh kerana pada masa itu Rasulullah tidak memakai baju, maka Ibn Mas`ud melihat bekas anyaman tikar itu melekat di tubuh Baginda. Melihat keadaan yang demikian, Ib...