PEMAAF MELUNAKKAN HATI
Maksud Pemaaf
Bahasa : Melepaskan atau membebaskan
Istilah : Melepaskan seseorang daripada kesalahan dan membebaskannya daripada hukuman
Maksudnya : Iaitu orang yang mendermakan (hartanya) pada masa senang dan susah dan orang yang menahan kemarahannya serta orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan allah menyayangi orang yang melakukan kebaikan.
Bahasa : Melepaskan atau membebaskan
Istilah : Melepaskan seseorang daripada kesalahan dan membebaskannya daripada hukuman
Dalil Naqli :
1) Firman Allah S.W.T :-
Maksudnya : Dan perbuatan kamu memberi kemaafan itu lebih hampir kepada takwa.
2) Firman Allah S.W.T :-
Maksudnya : Iaitu orang yang mendermakan (hartanya) pada masa senang dan susah dan orang yang menahan kemarahannya serta orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan allah menyayangi orang yang melakukan kebaikan.
3) Hadis Nabi :-
:عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنه قال صلى الله عليه وسلم
...........ارحموا ترحموا , واغفروا يغفر لكم
Maksudnya : Kasihilah sesama kamu, nescaya kamu akan dikasihi, dan maafkanlah (kesalahan manusia) nescaya kamu akan diampunkan Allah.........
Contoh Sifat Pemaaf Rasulullah S.A.W :
Kisah 1 :
Usaha dakwah Rasulullah S.A.W ke Negeri Tha'if telah ditolak secara terang oleh pemimpin qabilah saqif yang menghuni kota Tha'if. Baginda telah dihina dan dilontar dengan batu sehingga berdarah dan luka teruk.
Allah telah mengutuskan malaikat Jibrail dan malaikat penjaga gunung untuk menimpakan gunung keatas penduduk Tha'if. Lantas baginda menjawab : "Wahai Jibrail, jangan lakukannya! Biarlah aku bersabar terhadap kaumku. Semoga Allah S.W.T akan melahirkan daripada zuriat mereka orang-orang yang beriman kepada Allah S.W.T". Baginda lantas mendoakan penduduk Tha'if "Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui".
Rasulullah S.A.W sentiasa berlapang dada memaafkan kesalahan orang lain.
Kisah 2 :
Habbar telah memanah unta yang dinaiki oleh Zainab semasa dalam perjalanan ke Madinah sehingga menyebabkan unta itu jatuh. Saidatina Zainab terhumban dari atas unta hingga gugur kandungannya. Habbar datang menemui Rasulullah S.A.W di Madinah untuk memohon maaf, lalu baginda S.A.W memaafkannya. Habbar kemudiannya memeluk Islam.
Adab Dan Cara Memohon Maaf Dan Memberi Kemaafan
Adab Dan Cara Memohon Kemaafan:
1. Bersegera memohon maaf.
2. Bertemu muka dan bersalaman.
3. Mengakui kesalahan tanpa alasan.
4. Memulangkan hak atau barang yang diambil.
5. Berazam tidak mengulangi kesalahan.
6. Ikhlas memohon maaf.
Adab Dan Cara Memberi Kemaafan:
1. Memaafkan kesalahan orang tanpa diminta.
2. Melupakan kesalahan orang terhadapnya.
3. Berdoa memohon hidayah dan keampunan untuk orang yang melakukan kesalahan.
4. Bersangka baik terhadap orang yang memohon maaf.
5. Mengelakkan diri daripada bersifat dendam.
6. Ikhlas memberi kemaafan.
Hikmah Bersifat Pemaaf
Hikmah Terhadap Individu:
1. Memberi ketenanan jiwa.
2. Disenangi oleh orang lain
3. Menzahirkan keunggulan peribadi muslim.
4.Mendapat rahmat dan keampunan Allah S.W.T
Hikmah Terhadap Masyarakat:
1. Hidup dalam suasana harmoni.
2. Mengangkat imej umat Islam.
3. Menarik minat orang bukan muslim untuk mendalami Islam.
4. Mewujudkan sikap toleransi dalam kalangan masyarakat.
Comments
Post a Comment