..Mencari..
Bagai tertangguh di Warkah Cinta Berbau Syurga..
Jauh sekali sampai ke Cinta Dan Wahyu..
.
.
Jiwa kering ketandusan
Fikiran melayang ke padang pasir
Ibarat tiada titik penghujung
Hanya berteman butir-butir pasir halus
Sesekali fatamorgana menyapa nun di kejauhan..
.
.
Sedang disisi lain,
Hati masih lagi berbisik
Mengharap sesuatu yang indah
Bunga-bunga mekar di taman
Ibarat dunia sendiri yang punya..
Ikutkan hati mati
Ikutkan rasa binasa..
.
.
Pulanglah
Kembalilah
Mencari dirimu yang sebenar
Mencari titik keTuhanan
Kerana punya bahagia di situ~
…hembusankasturimewangi…
Comments
Post a Comment