Posts

Showing posts from April, 2020

PEMAAF MELUNAKKAN HATI

Image
Maksud Pemaaf Bahasa : Melepaskan atau membebaskan Istilah : Melepaskan seseorang daripada kesalahan dan membebaskannya daripada hukuman Dalil Naqli :  1) Firman Allah S.W.T :-   Maksudnya : Dan perbuatan kamu memberi kemaafan itu lebih hampir kepada takwa.  2) Firman Allah S.W.T :- Maksudnya : Iaitu orang yang mendermakan (hartanya) pada masa senang dan susah dan orang yang menahan kemarahannya serta orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan allah menyayangi orang yang melakukan kebaikan. 3) Hadis Nabi :-  :عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنه قال صلى الله عليه وسلم ...........ارحموا ترحموا , واغفروا يغفر لكم Maksudnya : Kasihilah sesama kamu, nescaya kamu akan dikasihi, dan maafkanlah (kesalahan manusia) nescaya kamu akan diampunkan Allah......... Contoh Sifat Pemaaf Rasulullah S.A.W : Kisah 1 : Usaha dakwah Rasulullah S.A.W ke Negeri Tha'if telah ditolak secara terang oleh pemimpin qabilah s...

Pengajaran Daripada Sirah Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam : Perniagaan Dengan Harta Khadijah Dan Perkahwinan Baginda

Mengikut apa yang diceritakan oleh Ibnu Atsir dan Ibnu Hisyam bahawa Khadijah Radiallahu‘anha adalah seorang saudagar yang masyhur serta terkenal dengan kemuliaan budi dan kekayaan harta. Sebilangan orang Arab di masa itu meminjam daripada hartanya sebagai modal perniagaan mereka. Bilamana Khadijah mendengar perihal peribadi Nabi Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam yang mulia dan akhlaknya yang terpuji, maka beliau terus mempelawa kepada Baginda untuk menjalankan usaha perniagaan dengan hartanya dan sanggup memberi upah yang lebih daripada apa yang pernah diberikannya kepada orang lain. Pengiring Baginda dalam usaha perniagaan itu ialah seorang budak suruhan Khadijah bernama Maisarah. Tawaran itu diterima baik oleh Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam dengan penuh kerelaan hati. Baginda kemudiannya bermusafir ke negeri Syam untuk menjalankan urusan peniagaan bersama Maisarah. Dalam perniagaan ini Baginda telah mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Bila Baginda kembali bertemu K...

Pengajaran Daripada Sirah Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam : Perjalanan Pertama Ke Negeri Syam Dan Usaha Mencari Rezeki Halal

Ketika usia Nabi 12 tahun, bapa saudara Baginda, Abu Talib telah membawanya ke negeri Syam (Syria). Ketika mereka sampai di suatu tempat yang dikenali dengan nama Basrah, mereka bertemu dengan seorang paderi bernama Buhaira. Buhaira merupakan seorang yang bijak pandai mengenai Kitab Injil dan agama Nasrani. Buhaira memerhati Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam, kemudian bertanya kepada Abu Talib:  “Budak ini anak tuan hambakah? ” . Lantas jawab Abi Talib:  “Kenapa tidak! Ya, budak ini anakku.”   Oleh kerana Abu Talib terlalu sayang kepada Rasullah sejak kecil lagi, maka beliau menyebut-nyebut Baginda sebagai anaknya. Kemudian Buhaira menegaskan:  “Bapa budak ini tidak mungkin masih hidup.”  Abu Talib menjawab:  “Sebenarnya budak ini anak saudaraku, bapanya meninggal ketika ia masih dalam perut ibunya”.  Paderi menambah:  “Memang benar apa yang engkau ceritakan kerana segala-galanya tercatat dalam Injil dan di sini ingin saya memberi nasihat...