Posts

Showing posts from November, 2015

Hmm..

Kita hidup perlu selalu memberi.. Tapi kita hidup jangan selalu meminta, Kerana maqam selalu meminta ni teramatlah rendah.. Allah menjaga kehormatan orang yang tak pernah meminta..

..Mencari..

Bagai tertangguh di Warkah Cinta Berbau Syurga.. Jauh sekali sampai ke Cinta Dan Wahyu.. . . Jiwa kering ketandusan Fikiran melayang ke padang pasir Ibarat tiada titik penghujung Hanya berteman butir-butir pasir halus Sesekali fatamorgana menyapa nun di kejauhan.. . . Sedang disisi lain, Hati masih lagi berbisik Mengharap sesuatu yang indah Bunga-bunga mekar di taman Ibarat dunia sendiri yang punya.. Ikutkan hati mati Ikutkan rasa binasa.. . . Pulanglah Kembalilah Mencari dirimu yang sebenar Mencari titik keTuhanan Kerana punya bahagia di situ~ …hembusankasturimewangi…